Hari ni jadi chauffer Ifa dan Ilah pergi interview. Pagi pagi bawa Ifah ke Putrajaya untuk temuduga terbuka Kementerian Pelajaran Malaysia. Punyalah ramai anak anak yang datang. Di Putrajaya, temuduga berlangsung selama seminggu, dari Monday hingga Friday esok. Mengikut seorang rakan wartawan, bilangan yang datang semalam adalah lebih kurang 8,000 orang. Hari hari lain, agaknya lebih kurang begitu juga. Bayangkan, temuduga dibuat disemua negeri, berapa punya ramai yang bersesak sesak datang untuk berebut tak sampai pun 600 kekosongan (kontrak pula tu).
Yang pelik dan ajaibnya, pemohon diminta mengemukakan sijil PMR dan UPSR (tak disebut pun dalam iklan). So, ramailah yang berduyun duyun balik kerana dokumen tak lengkap. Sijil UPSR untuk kerja yang memerlukan ijazah? Tak faham, tak faham, tak faham.....
Ilah pula pergi interview dengan satu consultant company di Puchung. Should get the answer by Monday. Tunggu lah.

No comments:
Post a Comment